Si Botak :) Syahid Ismail <3
Thursday, May 26, 2011
Mana perginya mereka ?
Okay , kali ini aku mulakan kisah ini dengan suatu yang sedih , kisah ini mengenai pemergian sekumpulan manusia ke merata tempat , sampai hati mereka meninggalkan sisa sisa kenangan bersama kami dahulu , tapi tidak mengapa , mereka pergi mencari ilmu dan akan balik dengan sebanyak ilmu yang mungkin.Mereka terdiri dari manusia yang sangat periang, pelawok , dan banyak pe lagi , tapi pencuri pun ada juga , masa sekolah suka curi pemadam kawan , sama je aku , haha. Itu salah satu kenangan kami bersama. Mula-mula aku ingin menceritakan tentang seorang budak Botak :) Budak ni dah pergi Penang kota yang panas dengan tiupan angin yang nyaman :) Harap dia disana senang sekali , tiada apa akan menganggunya kerana dia seorang yang sangat berdikari , campak ke rimba pun dia boleh hidup dengan selasa. Katanya dia dapat course Civil Engineering. Alhamdulillah , aku tahu cita-citanya ingin menjadi seorang Arkitek yang berjaya , tetapi alangkah indahnya semua yang diminta menjadi kenyataan, Allah itu Maha Kuasa. Dia pergi tanpa menemuiku , kau pun tahu aku bekerja seperti seekor semut , sibuk sekali :) Tapi takpe , suatu hari nanti kita bertemu lagi. Semoga kau berjaya disana , doa kami buatmu :) Itu saja bagi aku kali ini , kerana dia sangat lah penting dalam hidupku :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment